::Terima Kasih MengFollow::

Khamis, Mei 27, 2010

Ta'a DAN Ucu






Sekarang ni sekejap saja masa berlalu! Baru rasanya aku sambut tahun baru dengan DEMAM. Pejam celik pejam selamanya celik dah nak masuk bulan enam. Setengah tahun dah kan! Bagaimana dengan Azam? sudah tercapai ke apa yang di tanam kan di awal tahun dulu. Tak pe kalau tak tercapai ada time lagi 6 bulan dari sekarang.  



Go!


 

Hari ini kan Hari Raya 27 Haribulan kan. Jadi Hari ni genap Ta'a umur 6 Bulan. Oi 6 Bulan dah oi. Kejap je budak kecik tu. Kenal sapa Ta'a. Ah baca entyr ni --------> Ta'a. Macam sekejap saja masa berlalu. Tetiba Ting! 6 Bulan. Rasa baru aku melihat dia kecik. Bap Kata Abg ipar aku "Anak aku besau songkok" What Songkok?
Adoi kocik ekh!










Adha ni kelahirannya memang dinanti oleh kami sekeluarga. Almaklumlah family kami memang nak kan anak kecik untuk memeriahkan suasana. Sekarang Ta'a merupakan cucu kesayangan pada Atok nya. Ayah aku kalau jumpa Ta'a memang makan hati lah si Lamok. Ye lah dia tidak lagi saham untuk apa-apa. Perghhhh makan hati member beb!










Ta'a singkatan Adha merupakan anak sulung Along aku :) Merupakan seorang baby yang sungguh baik. Dia tidak akan memangis jika lapar! Nak dengar suara dia memang payah ok. Tapi kalau dia dah dapat mengekeh jangan harap dia nak diam. Tidak kuat melalak dan tersangat lah suke gelak. Memang baik gila. Cuba teka ikut perangai Sapa?
Ya. Ucu dia. 
Aku lah tu :p





Kalau bagi mainan dekat dia komfom dia main sorang-sorang.Tak ganggu sapa-sapa dah!  Tak perlu lah korang nak acah-acah bagai untuk dia main. Memang senang lah. Kalau mak bapak serta mak cik-mak cik dia membeli belah di IKEA atau di GIANT lebih mudah letakkan dalam stroller sambil biarkan dia dengan dunia dia bersama-sama Dayang-Dayang yang jelitawan! komform program membeli belah kami SUCCES. Kalau dekat Taska. Ta'a antara budak yang senang dijaga kata Pengasuh Taska.Walaupun lelaki tapi dia baik macam Ucu dia :)  Ok kalau macam itu, buat apa bayar mahal. Bukan susah nak jaga pung kan. Ah Terdiam ko Kakak!







Selain dari itu juga Ta'a amat mudah tido. Seperti mengira 1..2..3 tutup mata. Contoh! Ya. Ta'a kalau nak tido sangat mudah. Mak dia lebih kepada biarkan anak dia membesar dan menguruskan life sendiri. Tidak perlukan perhatian sepenuhnya hanya dengan kekuatan sokongan saja. Jahat tak?
Bukan. Macam ini lah Along aku lebih suka Ta'a tidur bawah dari masukkan dalam buaian. Jadi akak aku bentangkan toto besar-besar dan Ta'a akan golek-golek-golek-golek-golek sampai tido :) 
Molek perangai. 
Sejibik Macam Ucu nya.
Wah!






Selamat Membesar Ta'a.
Nanti boleh Main Badminton Macam Abang Ngah( Lamok) dengan Abang Long (Apit) yang berangan macam Lee Chong Wei   dengan Lin Dan. Tak agak-agak dorang ni ok! Tu bukan perangai aku. Aku tak Kuat berangan! Kah Kah Kah Kah. Tapi kalau Ta'a dah Besar Ucu nak Ta'a jadi Taufik Hidayah. GAGAH!






Sumpah Mat Jenin.
Perangai Aku lah tu!
Adoi.