Tidak ada perkara yang datang dengan mudah dan segera. Semuanya melalui proses yang sudah ada dalam putaran kehidupan. Setiap tapak kehidupan yang dilalui memberikan makna yang luar biasa bagi seseorang memasuki tapak kehidupan berikutnya. Pengalaman-pengalaman suka dan duka dalam setiap sendi kehidupan memberikan warna yang tersendiri dalam menghiasi masa kehidupan kita yang sementara ini.
Itulah kadang kala ketika kita merenung kembali kehidupan kita. Mesti terdetik nak menjalani setiap titik kehidupan dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Namun memandangkan persaingan semakin pesat. Renungan tinggal renungan. Yang penting hanyalah Bagaimana cara meraih keuntungan dengan apa cara sekali pun. Walaupun kadang-kadang terpaksa menghalalkan yang haram.
Perubahan pertama yang memungkinkan kita untuk terbang tinggi adalah perubahan paradigma dan cara pandang. Bagaimana cara kita memandang kehidupan? Bagaimana cara kita memandang setiap masalah yang dihadapi ataupun Bagaimana cara kita memandang pekerjaan kita ketika ini. Semuanya menentukan Bagaimana kita melalui hari-hari berikutnya.
Sekiranya selalu memandang negatif dan sentiasa mengeluh. Keadaan mental kita akan menjadi lebih teruk dan dalam tahap kritikal. Sebaliknya sekiranya kita bersikap optimistik dan sentiasa menaruh harapan. Maka proses pembelajaran dapat berlangsung dengan baik. Perubahan fikiran apabila diikuti dengan perubahan perasaan pastu menghasilkan perubahan pada tingkah laku.
Muhamad Amirul Adha bin Muhamad Yasin.
Dilahirkan pada 10 Zulhijjah 1430.
Jangan takut untuk menghadapi kehidupan yang sangat fana ini. Kadang kala manusia boleh menjadi Zalim jika mahukan sesuatu. Jangan takut untuk teruskan kehidupan ini Anakku. berjuanglah selagi mampu. Alhamdulilah Putera kepada Kak Long aku selamat dilahirkan pada Pagi Hari Jumaat bersamaan 27 November 2009. Ketika sedang sibuk menguruskan persiapan Raya pada jam 6.45 pagi. Abang Ipar aku memberitahu Kak Long aku selamat melahirkan seorang bayi Lelaki. Alhamdulilah. Kami sekeluarga gembira akan perkabaran ini.
Pada awalnya Nama akan diberi Muhamad Amirul Qalif tetapi tertukar terus kepada Muhamad Amirul Adha. Sempena Aidiladha. (Memang dia mahu namanya gitu. That why lah dia keluar Hari Raya.)
Dengan ini aku selaku Ucu kepada Bayi tersebut. Ingin memperkenalkan Inilah Anak Buah aku yang ke Tiga selepas Muhamad Firdaus Danial dan muhamad Faris Danial. Sebagai seorang Mummy Saudara aku dengan seterusnya akan memegang title "Harimau" sebab akan dikenakan dengan tiga anak lelaki dalam keluarga kami. Namun kami sekeluarga amat bersyukur atas segala kurnian yang telah diberikan Illahi kepada keluarga kami :)
SELAMAT DATANG KE DALAM KELUARGA IDERIS.
