Wednesday, July 08, 2009

.:: IKEA DITERJAH OLEH KAMI::.

Semua sedia maklum ok, MEGA SALE telah bermula 4 Julai hari tu, then akan tamat pada 31 Ogos nanti!!! so kebanyakkan Mall yang ada di Kuala Lumpur & Selangor ni memang dah buat sale gilak baban. sangat seronok pada kaki shoping yang memang menanti acara tahunan ni. So memandangkan tu, IKEA pun ada sale kan, apa lagi sambil nyelam minum air lah kan. Dengan berbekalkan duit gaji aku yang makin kempis ni, kami terjah jugek ke sana. Ya ampun seronoknya hati. Patutlah tangan kiri ni gatal je.








so, kalau ke sini comform bawa balik barang. Rugi lah kan datang tapi tak beli. ok kalau orang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor pasti pernah ke sini. so dah tau lah kan stuktur IKEA ni macam mana kan, ni bagi yang korang yang tak tinggal di sekitar 3 tempat tu, kalau dah pernah pergi ya bagus. Tapi kalau belum pernah pergi, meh tengok apa yang ado. Syorga donia!!!






Seperti IKEA di oversea tu, keadaan nya sama macam di sini, IKEA ni macam gudang yang sediakan pelbagai perabot, pingan mangkuk, barang keperluan lain. Pokoknya kalau nak pindah dan banyakkan barangan rumah. IKEA lah tempatnya. Memang happening ok, kalau korang masuk je memang rasa bagaikan di syora. ha ha ha tak de lah, dekat sini pun nanti korang boleh dapat inspirasi how to ubah suai sesuatu stuktur rekaan dalam rumah korang!! ok ni mukadimah sajor.






Ini adalah contoh susun atur bagi ruang tamu rumah.
kalau aku lah kan, itu kalau aku lor. Aku akan pilih yang bawah itu, sebab nampak lagi elegent gitu. Wah!!! tapi itu inspirasi aku lah. Bulan nak sebijik macam gitu, just ikut buget lor.






Ini pulek adalah contoh susun atur bilik tido.
dan pilihan aku adalah gambar yang pertama sebab apa, bukan sajor warna cadarnya hijau. Tatapi warna pemilihan tu nanti akan pengaruhi kecerahan bilik aku. So, coklet tu kalau dah kawin nanti baru bole buat ala-ala gitu, sebab keadaanya yang lebih romantik. Sekarang ni bujang sesuai yang ada rak-rak gitu!!!






Ini pulak contoh susun atur dapur.
kalau aku, aku pilih yang tengah-tengah sebab nampak sweet kan, nak makan pun best sajor. Tak delah macam sesak nafas kan. Walaupun menggunakan meja makan di dapur, tapi tampak best sajor.






Ini pulak susun atur Bilik tido bebudak.
ok yang ni sah-sah lah jugek aku pilih yang bawah tu, dengan warna hijau bilik lebih cerah dan tampak fresh. Selain tu juga aku macam tak setuju pengunaan kotak-kotak tu, nanti susah ok, gamaknya penuh kotak tu dengan barang yang tah pape. Baik guna rak, kalau ada habuk ke kalau selerak ke nampak then bole kemas kan. Mudah lah kan!!!






selain tu jugak, kalau korang nak cari perabot atau almari sila lah ke sini sebab korang bukan sajor dapat usha pelbagai jenis yang sesuai dengan kehendak korang, harga pun bole tahan agak berpatutan.


nampak kan, harga berpatutan ok. Sah-sah lah ianya berkualiti, kalau pergi kedai luar pun tak tentu kualiti depa kan. Nampak murah je sapu. Then guna setahun dua dah kopak sana kopak sini.






Ok, itu semua bahagian atas, kalau kita ke bagahian bawah kita akan nampak ni plak, lagi lah korang rambang mata nak memilih, macam Family aku soke beli barangan pinggan magkuk, periuk belanga, sudu bagai di Sini sebab macam best lah dekat sini dan banyak pilihan. Mau nye tak, lihat lah sendiri.




Serius aku cakap dekat korang, kalu nak beli untuk orang kawen pun bole. Sebab korang bole pilih yang menarik untuk depa. Kalau ke sini aku soke tengok bekas-bekas air yang ada. Kalau ada yang unik sikit aku mesti nak beli. Soke sebab cute-cute!!






Selain tu jugak, hujung bahagian ada barangan bilik tidur macam langsir, tuala, lampun tido, cadar dan comfeter. Sini pun sorga jugak. Bagi korang yang kaki bilik macam aku, tak salah tempat ni memberi inspirasi pada korang

best kan, rasa macam nak amek semua je, bantal kat sini memang berbaloi. Sebab kan dulu time aku duduk Damansara aku pernah beli bantal dekat sini sampai sekarang aku guna. Bantal dia stil dalam bentuk yang asal. Yang lainnya hanya dulu aku beli tak do peta. Sekarang peta Asia Tenggara pun ado. ha ha ha auta je ni :)






Kalau korang memang kaki IKEA, korang mesti tau foodcourt yang sedia ada dalam ni kan. So kalau dah datang sini wajib makan meetball yang sangat mavelos!! aku memang lah tengah lapo trang tang tang kan time ni, so aku order 15 ketol terus dengan chicken wing dua ketul jugak. Sentap!!!




Tapi time aku pergi ni kami berdua puasa, so bila tunggu time buke tu macam dah agak sejuk lah makanan kami. Dekat sini ada microwave tapi punggung ni macam malas nak bangun kan. So bedal sajor lor!!





ini pulak makanan angah aku, dia soke lah jugak makan ni, ayan-ayam. Soke-soke. tapi tekak aku memang tak bole pandang ayam itu time tu, mybe perut kosong kan. So abaikan selera aku terhadap ayam itu.





sebelum abis, sila layan ni!! kalau korang perasan ni ada peringatan cartoon yang aku soke. Ye lah ada sesetengah tandas yang ada dekat Malaysia kadang-kadang tandas yang ada kesan tapak kaki, sah lah tau depa pijak kan mangkuk itu. Sebelum jadi gini, baik toksah buat. Buat malu je nanti. Faham semua.