::Terima Kasih MengFollow::

Khamis, Jun 12, 2008

::nOvEL bArU::

semalam lunch kat the mall... ingatkan nak beli kasut yang aku usha isnin 2... tapi bila lalu jer VIOR aku tengok kasut tu dah tak der... mungkin orang dah beli kot... frust juga ok... aku pun terus lah G jalan lagi... baru teringat aku dah lama tak pegi usha novel... aku pun gerak lah cari novel, mana lah tau ada novel yang aku tetingal nak beli.. hahaha kalau bab nak abiskan duit ni memang pandai ok..

novel pertama yang aku usha ::SURATAN KASIH::

" hanya awak di hati saya, tak ada orang lain,
tapi tak bermakna kita perlu hidup bersama"

"kalau awak ada persaan terhadap saya.
bermakna perasaan itu adalah naluri berkasih sayang
antara seorang lelaki dengan wanita, tak salah bukan"


best gile kan ayat dia... ni adalah part dialog yang aku suka... jalan citer yang menarik dan penulis nya adalah DURRAH FATIHA, kalau korang nak tahu dia jugalah yang menulis novel tajuk RINDU DI KALBU... juga merupakan koleksi buku aku.... aku suka cara dia berkarya... memainkan perasaan aku sebagai pembaca... aduh!! puitis bukan... layan

novel kedua aku beli :: SURATAN KASIH::

" hakikatnya, aku suamai dan kau isteri. perkahwinan ini
adalah simpulan mati. hanya maut yang akan
memisahkan kita berdua"

"lelaki adalah nafsu hidup dan wanita adalah nadi jiwa ...
saling memerlukan dan mencintai. dan semi cinta itu
maknanya saling memberi dan menerima"

ini adalah karya MEEN ZULAIKHA.... aku tak berapa kenal beliau ni... sebab aku tak perah lagi ada novel dari hasil tangan beliau, ini juga lah novel pertama ybeliau yang aku beli, tap aku rasa garapan cerita yang best n membuaikan perasaan aku, bila aku baca dan hayati watak ni, seperti pelakon nya adalah aku... hebat bukan hasil tangan beliau, syabas dan tahniah MEEN ZULAIKHA atas kelahiran baby pertama ini...

nota kaki : membaca titi sesebuah kehidupan, rajin membaca, tambahan ilmu pengetahuan.... so, nak tambah ilmu banyakkan lah membaca, dari segala bahan bacaan... tak kiralah dari mana sumber nya, tapi pastikan bahan yang boleh mengajar kita ERTI SEBENAR KEHIDUPAN, jangan persalah gunakan segala sumber ilmu yang ada... ingat, ilmu yang berkat datangnya dari sumber yang baik... Fikirkan lah...