::nOtA hAti::

Jiwa Kacau lah. Kenapa ekh?
Ni semua salah kamooo.
Kamooo buat Jiwa I Kacau.
Oh Fahrin ku.


Wahai Angin Sampaikan Salam Buat Dia Yang Jauh Di Mata. Tapi Dekat Selalu Di Hati Aku.

Selasa, November 24, 2009

DUNIA BELUM BERAKHIR

Situasi 1
Mengambil pencuci muka untuk diletakkan di atas berus gigi sebagai ubat gigi.
Adakah Normal kelakuan gitu?

Situasi 2
Masuk kereta start kereta tak bole. Ingat kan kereta rosak walapun Sabtu lepas baru lepas servis. Ghupanya Gear terletak di label N bukan di P. Sampai kiamat memang tak bole start.
Adakah Normal kelakuan gitu?

Situasi 3
Semalam dalam perjalanan salah masuk lorong Smart Tag. Sebenarnya Lorong Smart Tag sebelahan dengan Lorong Touch & Go. tah macam mana tah bole salah masuk lorong. Sudah kena undur balik dan masuk di Lorong Touch & Go. Menyusahkan kereta belakang. kesian dorang.
Adakah Normal kelakuan gitu?

Situasi 4
Sampai Destinasi. Parking kereta dengan penuh keyakinan. Balik dari destinasi. Baru perasan yang kotak parking tidak kena pada tempatnya. Menyebabkan kereta sebelah terpaksa salah parking macam kereta aku jugak. Kesian plak bila melibatkan orang yang tak salah.
Adakah Normal kelakuan gitu?

Situasi 5
Dalam Bilik. Nak pasang Radio tetiba pergi Cas handpone. Apa kejadah nya kan.
Adakah Normal kelakuan gitu?

Situasi 6
Semalam jugak ditugaskan menjadi PA kepada Pengarah seketika. Dalam keadaan Cuak terus melaksanakan tugas seperti selalu. Tetiba Bos cakap : "Panggilkan saya En Ahmad Kamaruddin. Cakap dengan dia Saya nak Jumpa KSU sekarang juga" - En Ahmad Kamaruddin Penolong Pengarah Bahagian aku. Aku tanya kembali: "Panggil En Kamaruddin ye Bang". Gila nye PA. Aku baru perasan aku panggil Bos aku Abang. Cakap dengan aku sekarang sapa staf Admin yang berani panggil Bos, ABANG! Aku sorang saja. Ha Ha Ha Ha. Sila lempang aku patplohpat kali dengan kadar segera. "Nak panggil Abg pun bole saja"-Bos aku cakap lagi. Aku terus beredar malu sambil nak penuh arahan Bos tadi.

Langkah kaki aku penuh yakin terus panggil. Balik ke bilik PA Bos cakap lagi: "Salihah. Saya suruh panggi En Ahmad Kamaruddin. Bukan Ahmad Komari" -Ahmad Komari adalah driver bos aku. Aku terus terlopong. Kan jauh bezanya Ahmad Kamaruddin dengan Ahmad Komari. "Maaf Bos" Jiwa kacau. Gini lah!
Adakah Normal kelakuan gini?

Situasi 7
Sebelum tidur. Nak Tarik Comfoter terus tertarik cadar tilam. Abis kena kemas tilam dulu. Dah kemas susun bebetol cadar dan bantal. Baru tidur.
Adakah Normal kelakuan gini?

Dan.
Pagi tadi dalam kereta hatiku tengtibaterdetik. Kenapa dengan Semalam aku macam kelakuan Aneh.
Sangat penuh aneh. Macam serba tak kena. Kenapa ekh. Baru Aku sedar akibat jangkitan sakit yang telah menyerang aku sekarang. Opsss bukan sekarang sejak empat tahun dulu pun dah ada. Lain kali jangan sibuk mahu tau dengan Life Orang yang pernah Kau Kecewakan ye Soly. Tahniah atas kejayaan diri Kamooo. Semoga bahagia jugak milik kamooooo

Dan.
Hari ini aku sedar aku bukan diri aku yang empat tahun dulu. Kadang kala Untuk seketika aku perlukan masa untuk tenang dan bernafas dengan sempurna. Ya oleh sebab itulah aku memilih untuk mengikuti Program Opis aku di Cameron Highland Next Wek. Walaupun Pieja tidak ikut dan tidak ada sorangpun kawan yang gam dengan aku akan turut serta. Tapi aku tetap akan ikuti Program ini walaupun pada awalnya aku ingin batalkan. Serta Aku sudah ada Percutian yang sangat meneruja kan diri aku. Talk Later that story.

Akhirnya.
Aku sedar sapa diri aku. Dalam tenang aku bernafas.



BAHAN BUKTI SATU

Dari Kiri Atas: Aizad. Rosmini. (????). Shena. Along. Kak Mek. Aku. Nazmi. Rosmawati
Dari Kiri Bawah : Nubhan. Azlan. Ejam

BAHAN BUKTI DUA 
  Dalam Gambar Kiri: Azman & Azlan

Dalam Minggu ni Sibuk perang Mukabuku FB antara Rakan masa muda mudi dulu. Apa korang ingat Sazzy dengan Dira je Perang FB tentang Sehati berdansa. Kami pung ada perang ok. Ada Sorang rakan kami yang diberi nama Huda pencetus perang ini. Telah meletakkan gambar kenangan kami time remaja. Ewahhh sweeett gila bila cakap time remaja. Sekarang ni dewasa kan :) Perang ini dicetus bila semua tidak menerima kenyataan itulah muka dorang suatu ketika dulu. Aku? aku pung sama ok. Korang tengok aku gila pakai gelang tah pape tah. Dah macam taik cicak itam puteh. Aku pegang bantak busuk warna kuning ok. Memang tak bole blah time itu. Sumpah minta Cucu - cucu aku nanti tidak lah terkejut bila tengok gambar nenek dia ni bergambar masa time remaja. Gila Akukah? 

Kepada : Cucu-Cucu yang Nenek sayang selalu.  

Memang benar Cu dalam gambar itu adalah Nenek. Jangan salahkan Moyang kamooo yang melahirkan Nenek. Sebab Zaman Nenek dulu memang gelang ghopa gitu memang glamor gilak. Bukan Nenek sesaja pakai. Kalau tidak percaya pergilah Google dalam internet macam yang Nenek selalu Google itu.  

Salam Sayang
-Nenekmu yang berada jauh diperantauan-  


TIDAK.
Oii sapa punya kawan. pergi kutip sekarang. Kang jual lelong kang! Sedih aku nengok :(

Seingat aku. Gambar ni diambil pada 8 Oktober 2004. Masihkah aku bole lupa pada tarikh ni. Kami Orentasi di PD dari 8 - 10 Oktober 2004 di mana pada Tarikh itu Jaclan Victor juga merupakan Juara Malaysia idol. Itu yang aku soke. OOOOOO aku peminat MI dulu ok. Tak pernah Mis tengok. Which is kena Orentasi pung. Gigih Angah aku col bagitau Jaclyn yang menang MI. Ha Ha Ha Ha. Ala lagi pun date tu kan Bufday aku. Harus lah aku Ingat. Kenangan time kami Orentasi pelajar baru di Nube @ Port Dickson. Tak hengat Orentasi di PD. Sedangkan Kolej di KL saja. Kami memang soke demand. Ha Ha Ha Ha Ha. Sebenarnya bukan kami yang demand tapi lecturer kami yang soke manjakan kami. Kami tadah saja lah. Batak kan. 

 Memandangkan dari dulu aku memang kaki berjalan. Tidak salah rasanya aku berkhidmat sekarang. Walaupun kadang kala tidak lah dihantar oleh Opis ku untuk outstation tapi dengan pas perkhidmatan aku. Aku dengan mudah mendapat diskaun dalam setiap perkhidmatan yang aku terima. Aku bukan rasuah ok. Hanya mendapat persent yang ciput saja. Tapi masih boleh dibuat sebagai kebanggan dalam berkhidmat untuk Negaraku yang terchenta. Walaupun hanya memanggil di talian. Terima kasih Tuhan atas ketentuan yang telah ditetapkan untuk aku. 

Sekarang baru aku tau. Kenapa aku tidak pandai time kelas Sains dulu? 
Sebab kalau aku pandai dulu sudah tentunya si Fauzi tidak menjadi Best Student. Ha Ha Ha Ha Ha. Ada hati kau Soly nak lawan si Fauzi yang gilak geliga otak dia. Otak dia buat batu cincin memang sesuai. Tidaklah itu bukan alasan aku. Mungkin kalau aku pandai dulu sudah tentunya aku jadi Doktor Pakar bedah. Paling koman pung jadi Doktor Sakit Puan. Sesungguhnya itu bukan pilihan aku. Aku bersyukur aku tidak menjadi Doktor. Kalau tidak. Sudah tentu lain arah tujuan aku sekarang. Mesti tidak sesweeeeettt yang sekarang aku alami. Dan yang pasti kalau aku jadi Doktor sudah tentulah bakal suami aku nanti pung Doktor kan. Tidak merasalah nak berlakikan seorang Engineer  kan :) Gatal kau Soly. keluar sekarang. Lagi banyak cakap. Lagi pening kepala aku. 

Bermula denga jiwa kacau. Di akhiri dengan jiwa yang sudah menjadi sedikit bahagia. Bukan kah itu juga indah dalam kehidupan seorang Wanita Seni Biasa yang bergelar Penjawat Awam yang diberi nama Salihah binti Ideris. Penjawat Awam pun bagus jugak keje dia ok. Bole bersenang lenang. Ha Ha Ha Ha. Indah nye lubang idungku Dunia ku.





Homestay Kampung Lonek


Kampung Lonek merupakan kampung Tradisi yang masih mengekalkan keaslian Budaya Melayu. Ianya terletak di dalam Daerah Jempol. Kebanyakkan penduduknya menjalankan aktiviti harian berpandukan tradisi nenek moyang disamping menjalankan arus modenisasi hari ini. Antara yang terdapat daya tarikan di kawasan ini adalah Kawasan tanaman padi, Getah dan Kelapa Sawit. Teratak Zaa'ba. Kolam memancing, Projek Industri Kecil dan Kwasan Rekreasi Jeram Serting. Kampung Lonek ini terlerak berhampiran kawasanPeranginan seperti Port Dickson dan Ulu Bendul. Rumah penginapan. Masjid. Taman rekreasi Lonek. Dewan Serbaguna. Dewan Masyarakat. Pusat Sumber. Sewaan Basikal dan Motosikal dan perkhidmatan Katering.



Bagi yang berminat untuk ke sana. Jangan bimbang. Korang akan disediakan rumah dan tempat penginapan untuk Tetamu Homestay dengan harga yang berpatutan. Harga ini bergantung untuk secara individu dan  berkumpulan.  Jangan Bimbang. Rumah Orang Kampung di Sini kesemuanya best-best belaka. Cantik-cantik dan besar-besar belaka. Jangan tak percaya. Dalam rumah Orang kampung itu siap ada Aircond dan Astro lagi ok. Memang best dan berbaloi-baloi tinggal di sana. Rumah yang dinginap dipanggil keluarga angkat. Duduk dan Tinggallah bersama mereka. Korang pasti akan di layan secara Super Best dan menyenangkan. Tidak sekali merimaskan dan mejengkelkan.


Ini adalah Rumah Mak dan Ayah angkat aku semasa menginap di sana. Sungguh baik dan hebat layanan mereka. Buat seketika aku merasakan aku sebahagian dari keluarga mereka. Thanks untuk Hj Mutalib bin Hj Abdullah (Ayah) dan Hjh Nunaidah binti Hj Yusof (Mak Ida) Aku anak Abang dan Kakak Aji ok.Terbaek dari Ladang wok!

Selain daripada itu. Program yang telah diperkasakan untuk Homestay Kg Lonek ini adalah diantaranya lawatan ke sekitar kawasan kampung. Contohnya melihat aktiviti dan kehidupan masyarakat Kampung. Melihat Kawasan Tanaman Padi. Kelapa Sawit dan Getah. Selain itu korang juga dapat melihat Projek Industri Kecil pengusaha-pengusaha Kampung antaranya seperti Bengkel Kraftangan. Perusahaan Kicap dan Sos.Pembutan Mee, Tauhu dan Taugeh. Pembuatan Kek. Gubahan bungan dari daun getah dan penghasilan makanan ringan.





Tujuan Utama Program HOMESTAY ini diangkat oleh Kementerian Pelancongan Malaysia juga adalah untuk mengetengahkan Adat dan Peninggalan Nenek Moyang sesebuah kampung itu dan memberi pengalaman kepada Pelancong cara dan latar belakang kehidupan dalam sesuatu kampung itu. Seperti di Kampung Lonek ini korang akan dapat melihat dan belajar cara bagaiman sesuatu Majlis Kesyukuran Untuk anak yang baru lahir dijalankan. Acara sampingan ini adalah acara persembahan kebudayaan dari warga Kampung itu sendiri. Antara persembahannya adalah Bongai. Berzanji. Berdah dan Berandoi. Sumpah best. Lain dari yang lain ya. Jika di Kota jarang sekali kita melihat acara meriah seperti ini. Tapi alhamdulilah aku dengan sepenuhnya dapat menikmati acara seperti ini seadanya dari mula hingga ke penghujungnya. Sumpah bosan best sikit. Ha Ha Ha Ha



 

Selain itu juga. Korang akan dikenalkan dengan lagu-lagu BONGAI. Tahukah korang apa yang dimaksudkan dengan Bongai. Lagu rakyat lah macamnya. Jika Johor dengan Ghazalnya. Kelantan dengan Dikir Barat nya. Penang plak dengan Borianya. So Negeri Sembilan hebat dengan Bongainya. Paham semua anak-anak? Bongai ni Best oi. Bila Korang dah sampai di Daerah di Negeri Sembilan. Korang pasti akan dengar Apa Kone Eh Jang. Tarian Endang. Ayam Den Lapeh dan Cantek Maneh. Memang best lagu rakyat Negeri Sembilan. Korang pasti terhibur. Tidak ketinggalan juga korang akan diperkenalkan dengan Tarian Piring yang mana aku soke dengan Tarian Piring itu. Ada sejarah tersendiri. Wahai SPL semua masih ingatkan korang dengan kenangan itu? Lawak doh!



Sememangnya masakan Orang Negeri Sembilan ini memang terkenal dengan Masakan Lemak Cili Padi atau dalam kata lain masakan yang pedas-pedas belaka. Sebab itulah mungkin Orang Negeri Sembilan ni lazer kan. Asyik makan pedas je memanjang.  Aku soke. Ha Ha Ha Ha. Masakan di Sini kebanyakkannya adalah bercirikan kuah lemak. Ayam lemak. Daging Lemak. Ikan Keli Lemak. Rebung Lemak dan pelbagai lemak lagi. Siapa yang tidak tahan dengan masakan pedas. Pandai-pandailah korang makan ye. Masuk negeri orang kena pandailah sesuaikan diri. Jangan nak mengutuk saja je kan. Sebab itulah Homestay ini diwujudkan supaya rakyat negeri lain dapat mengetah cara hiduo rakyat negeri lain. Bukankah itu namanya Muhibah?

Sememangnya pengalaman berada di Homestay Kg Lonek mengembalikan Kenangan dolu-dolu. Aku rindukan kenangan lama membesar bersama teman yang sememangnya sudah meningkat dewasa. Alangkah indah dan best nye membesar secara begini. Aku rindukan semua nya. Sifat Orang Kampung lebih best dari Orang Bandar. Sumpah serius Jiran sebelah baru pindah pung aku tak kenal ok kalau di Kuala Lumpur ni. Memasing buat hal sendiri macam manalah aku nak kenalkan. Lainlah ada Abang Medical Assistant yang baru menyewa selang tiga buah rumah aku tu. Kompom aku tau. Sebab aku balik keje. Mesti dorang duduk melapak tak tentu hala saja depan Ghumah. Buang Masa.Tapi serius Cara kebajikan dan keramahan Orang kampung adalah super best dan hebat.

Baiklah sesiapa yang berminat nak jelajah ataupun nak join Homestay Kg Lonek ni boleh lah Terjah ke:
Homestay Kg Lonek
No 10. Kampung Lonek. Batu Kikir. 72100. Bahau. negeri Sembilan
No Tel :0192871410
Email : homestay_lonek@yahoo.com.my

*Bagi korang yang datang dari arah Utara. Korang boleh melalui Haiway KL - Johor Bahru. Sampai di Tol Plus Senawang susur keluar. Dari Senawang korang kena cari signboard ke Kuala Pilah. Bila sampai di Daerah Kuala Pilah carilah Sign Board ke Pekan Batu Kikir. Ada satu simpang ke Kanan ke arah Homestay Lonek. Nanti bila dah susur kanan. Korang akan nampak sign board secara tamak dan besar WELCOME TO KAMPUNG LONEK di susur kanan.Nanti nampaklah korang dengan kawasan sawah padi yang terbentang luas. Sejuk mata pandang!

* Bagi korang yang datang dari arah selatan plak. Korang boleh masuk Jalan samada dari Gemas ataupun Muazam ataupun Rompin. Then korang carilah arah ke Bahau. Lagi memudahkan korang naik Keretapi Tanah Melayu yang terus ke Bahau. Sampai cari teksi terus ke Lonek. Mudah saja :)


Apa-apa pung usaha kerajaan untuk memberi pengalaman kepada Tourist adalah amat patut dipuji. Bak kata Pieja "Aku merasa jugak ada Kampung kan" Ya. Itulah matlamat kami sebagai Penyumbangan Naluri itu kepada korang yang mahukan. Sekarang ni memang banyak homestay yang terdapat di Malaysia. Jangan berlengah lagi moh lah join. Sesiapa yang berminat bolelah layari  Laman Web Homestay ini.  . Di sini banyak Homestay-homestay yang telah dikomesilkan. Pilih saja yang mana soke. Pilihan ditangan korang. Aku hanya membantu :)

Khidmat Pesanan Pelancongan ini khas di ucu-manja(dot)blogspot(dot)com



Jumaat, November 20, 2009

2012 dan STM2:BB terbaek Wok.

Menonton Wayang memanglah kegemaran aku sekarang. Pantang orang lepas bersalin ada cerita baru. Muka aku memang sah melempek nak tengok. Mula lah cari mangsa. Almaklumlah kan Suami sedang berjuang untuk negera selama 5 tahun. Jadi isteri kesepian ini mencari teman untuk bergonjeng. Wah sungguh best bila aku berkata bergitu. Tahniah Soly.

Ini kisah last Week. Pada 191109 aku dok gagah jugak duk menyalak dengan Angah aku nak layan cerita 2012. Wah. Aku semangat gilak. Bila aku semangat. Si Lamok dan Apit lagilah dah semangat muhibah sakan macam pendekar dah nak pergi. So aku booking tiket. Nasiblah di TGV Kepong ada cito tu. Kalau tak maleh aku nak pergi jejauh ok. Korang tau tau. Full ok panggung. Adoi setiap jam yang ada penuh. Bila aku nak booking macam-macam halangan. Sudahnya aku suruh Kawan aku yang keje dekat Pejabat Pos Kepong gi belikan aku tiket. Puuuhhhhh lega. Dapat jugak tengok. Soke :)


 
 
 
Sumpah. Sakit dada aku tengok citer ni. Bila setiap kali musibah melanda satu negara tu. Mulalah aku gerun. Jalan cerita menarik. Sound best. Gambar best. Memang betol-betol Hooiiillliooooo. Ha Ha Ha Ha Cerita ni memang Mantooppp tapi ending je tak best. Lain semua best. Sapa dah tengok citer ni? Bagus. Hebat bukan. 2012 ni kisah kemusnahan dunia pada 21 Disember 2012. Menurut kalender Kaum Mayan pada tarikh tersebut dunia akan berakhir. UHhhhh sumpah takut oi! Bagaimana Dunia musnah? Ini diakibatkan oleh gunung berapi yang keluarkan api dan Tsunami yang kencang. Watak Jackson dan Adrian sememangnya berjaya. Adrian yang ingin menyelamatkan manusia dari bencana itu merupakan seorang saintis. Juga Jackson yang merupakan seorang penulis beruasaha menyelamatkan keluarga dan orang sekelilingnya. Korang kena peka ok tengok citer ni. Setiap babak dalam cerita ni ada kena mengana antara satu sama lain. Jangan tertinggal. 

Dalam cerita ni akan nampak penggunaan Kuasa dan Pangkat. Jiwa yang tamat yang ada dalam diri sesetengah manusia akan terbit dan kental apabila wang, pankat dan kuasa menjadi syarat untuk diselamatkan. Bertapa besar pengorbanan yang perlu dilakukan dalam hidup sesorang apabila terpaksa mengorbankan nyawa sendiri untuk  nyawa insan lain. Bila semua ingin selamat sanggup mengorbakan manusia lain itu adalah sesuatu yang terlalu hina. Akhirnya terselamat semua manusia yang menaiki sebuah kapal gergasi yang berpusat di bumbung Dunia Tibet China.

Tapi aku memang tak puas hati bila Ending dia macam itu. Tapi tak pe lah tak kan aku nak bakat panggung plak kan. Kata kiamat. Tak kan ada la plak hari selepas kiamat kan melainkan itu cerita 2012 ini. Pape pung terima kasih pada Roland Emmerich sebab menerbitkan filem ini. At least kita tau serba sedikit bagaimana keadaan gempita bila tibanya hari perhintungan nanti. Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini walaupun kita tidaklah terlalu percaya keadaan gitu bila kiamat nanti. Sebab tidak satu orang pun yang mengetahui bagaimana kiamat itu datang. Tapi untuk makluman sahaja tidak mengapa. Tapi jangan sampai terpesong sudah la. Baik buruk kita bersedia saja ok.


Dan semalam plak balik keje. Si Apit dah bising katanya Senario dah kuar panggung. So balik keje terus singgaj Jusco Kepong jap nak gi collect tiket booking. Uhhh membanggakan cerita dia ni tak da ramai yang tengok. Mungkin sebab cerita melayu kot. Di TGV Kepong ni selalu kalau cerita omputeh kompom memang pecah panggung. Tapi tak juga mungkin semalam hari first. So tak ramai lagi yang nengok. Mungkin sabtu dan ahad ni pecah panggung lah kot. Lagi pun cerita ni masuk 59 panggung. Memang untung lah kan. PUEH!

Paling lawak tentulah si Senario ni. Tapi memang tak bole bla punya adalah si Mek Siti tu. Soke sangat watak dia. Memang sesuai lah. Setiap diolog dia keluarkan tu memang ditunggu-tunggu sangat. Permulaan cerita di mana Azli. Wahid dan Mazlan merupakan kawan baik yang kerja di Zoo Negara yang ingin bercuti di Pulau Pangkor. Time mula nak naik feri sudah bertembung dengan Qasidah. Hamidah dan Zuraidah. Pelbagai agenda perbalahan sudah terjadi anatar 3 orang gadis itu dengan Mazlan dan Wahid. Sampai di Resort Azli dapat tau yang mana Driver Van. Kaunter Reception dan Houskepping juga merupakan staf yang sama iaitu En Mansor. Ghupanya En Mansor tu pemilik Resort itu. So Jangan tak tau yang 3 orang gadis tadi tu pun merupakan anak kepada pemilik Resort itu. 

Si Azli dan Si Qasidah sebenarnya adalah kekasih lama. Cinta terhalang antara dua darjat telah terjadi antara mereka. So dengan titah si Azli tu. Wahida dan Mazlan telah bersetuju membantu En mansur untuk memajukan kembali Resort itu. Jadi selain membantu memajukan kembali Resort itu. Hubungan Wahid dan Hamidah serta Mazlan dan Zuraidah terjalin. Bila usaha berjaya. Resort dapat dimajukan dengan jayanya. Mazlan Azli dan Wahid pun ingin kembali ke KL. Tapi Si Qasidah tu plak ke culik. So mereka bertiga kena plak selamatkan Qasidah di Pulau Penyamun. Ha Ha Ha Ha Lawak siot.  Memang kelakar gilak. Tapi lawak mereka ni macam spontan. Lantak korang lah nak cakap lawak bodoh ke lawak apa ke kan. Janji aku gelak bagi aku sudah cukup menghiburkan. Korang tak gelak. Ada aku kesah?

Adui. Malas nya nak menulis lagi.
Berhentilah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




 

 


Opsss sebelum aku terlupa ingatan. Aku nak Wish Selamat Perantin Baru Untuk kawan Opis aku yang bernama Khairun yang akan melangsungkan perkahwinan Ahad bersama pasangannya Fyda. Sungguh chumel kad jemputan depa. Budak-budak kawen gitulah gamaknya. Tapi aku soke dan riang sorang lagi penyambung umat nabi Muhammad a.s bakal lahir ke dunia ini. Semoga gerbang perkahwinan yang bakal di bina ini diredhai Allah sentiasa. Dalam berumah Tangga akan adanya pelbagai Ujuan dari Allah. Semoga Khairun dan Fyda berjaya menempuhinya dengan sebijaknya. Ini pesan Kakak Sal. Ha Ha Ha Ha

Selamat beramal semua.
Secara Tengtiba aku macam nak bagi pantun Orang kawen. Sebab aku dah lama tak bagi pantun kan.
Baiklah silakan Pemantun pertama kita Hari ini. Ha Ha Ha Ha

Orang Jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mulanya berkenalan lebih tu bertunang
Di atas Pelamin sama bersatu

Ikan Todak si Ikan Pari
Ikan Linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan Susah sampailah mati

Sekian.
Wabillahi'Taufikwahidah Assalamualaikkum Warohmatu'Allahiwabarokatu.

::INDAH KABAR DARI RUPA::

Aku tidak pernah sekali tidak mensyukiuri dengan segala Nikmat yang telah diberikan kepada aku. Alhamdulilah setiap hari aku bangun tidur. Aku syukur aku masih lagi bernafas dalam bumi Allah ini. Tapi bukan pasal Panjang Umur yang kau nak ketengahkan ketepikan kebelakangkan kedepankan. Tapi pasal mimpi ngeri yang aku alami Malam Khamis dua minggu yang lalu. Adoi. Macam seram plak kan. Soly memang pandai kelentong jalan cerita. Terima Kasih.

Baiklah bergini sebenarnya Yuna. Aku ni seorang Gadis Melayu yang memang cepat terpengaruh jika ada sesuatu yang diperkatankan oleh seseorang. Contohnya. Ada Sale. Makanan Kat sini best. Makan dekat situ tak sedap. Jenama Kasut ni best. Jenama Handbeg ni best. Ooooo itu aku cepat terpengaruh. Tapi kalau kau Cakap. Dia tu jahat. Dia tu gedik. Dia tu Bodoh. Sory aku tak terpengaruh langsung. Sebab aku rasa itu semulajadi Fitrah ciptaan Tuhan.

Baik lah. Ini kisah Malam Khamis Hari Rabu dua minggu lepas. Basi bukan? Aku ni sebenarnya dah selalu dengar orang cakap pasal makanan yang ada dekat kedai yang terletak di Taman Mayang, Damansara Jaya. Aduh aku juga selalu benau Google kedai itu. PERINGATAN: Aku adalah seorang yang kuat google untuk mencari sesuatu yang baru dalam hidup aku. Teknologi dihujung jari kan. Haruslah Cuba try Test! Ini tanda mensyukuri nikmat yang ada.  Memang mantttoooppp gambar yang ada aku google itu. Menarik tertarik memang The Bommm lah katanya. Baiklah. Korang tengok makanan yang dimakan aku dan segerombolan kawan aku ok :)





Nampak tak? Kami yang mewakili aku dengan kawan-kawan seramai tiga orang lagi terjah ke kedai yang memang dah lama aku usha dalam blog dan google. Kawan aku terpengaruh juga akirnya dengan aku. Gigih cari kedai makan ok. Upanya kedai dia tepi jalan saja. Memang aku tidak boleh terima keadaan gitu. Ngeri sangat kedai dia. Aku memang cerewet jika makan di kedai yang tidak bersih. Sebabnya perut aku ni sensitif. Bila sampai je Area kedai itu aku pulun lah tanya Orang mana kedai nya. Walaupun dulu aku selalu lalu lalang di area sini. Kenapalah aku tidak pernah nak kenali kedai ini. Sekali kau! Kedai yang itu adalah kedai dia. Aku tidak tau mau cakap apa. Tapi aku kena gigih jugakkan diri.

Aku makan benda alah ni seperti gambar di atas. Aku ni kan Orang Kampung. Nama makanan matsaleh ni memang susah lah nak hafal. Adoi. Korang jangan tak tau makanan ni datang dalam hidangan pinggan yang super dulang! Air aku minum bukan dalam gelas atau cawan ok. Tapi botol tah apa tah botol nya. Aku rasa macam botol mayonis kot. Tak pung botol ikan masin jeruk yang Angah aku selalu beli dekat Tesco. Ha Ha Ha Ha. Sumpah macam annoying saja bila aku berkata gitu.

Aku ni soke minum Air Durian Belanda. Tapi pakcik yang jaga kedai ni bagi cadangan suruh mimum Ais Blanded Durian Belanda campur Avacado. What? sebagai pelanggan yang pertama kali jejak. Aku terpengaruh lagi :( Rasanya Hampeh gilak. Geli aku nak minum. Sudah lah pekat melekat segala. Kencing manis aku korang tau? Sudahnya membazir saja Ais Blanded itu. Lepas tu aku order Ais Kosong. Lagi best ok :D. Aku makan Chicken Chop. Rasanya bole lah. Tapi ayam dia bapak besau. Sampaikan aku ingat depa bagi aku ayam belanda. Nauzubillah. Kentang lenyek dia banyak ok. Dah betuk sebesar kawah gunung berapi. Bapak gilak hidangan dorang. Tapi nasib coleslaw dia. Memang super sedap. Lagi pung itu saja yang aku makan. Ayam belanda yang besar itu. Suku saja yang aku makan. Membazir lagi.

Baiklah itu cerita aku. Cerita kawan-kawan aku plak. Kesian ok. Kawan aku makan yang Hidangan ke tiga itu. Yang ada butter apa tah. Itu pung cadangan Pak Cik yang jaga kedai itu jugak. Ya kawan aku terpengaruh juga. Rasanya. Ya Ampun kawan aku kata kalau dia tau macam itu rasanya mati hidup balik pung dia tak kan jejak kaki makan dekat sana lagi. Kesian ok. Aku tengok makanan dia pung susah aku rasa aku nak makan. Sumpah aku tak sentuh langsung. Sudahlah Ayam Belanda super besar sama macam aku. Air sama seperti aku. Akibat terpengaruh dengan Pak Cik kedai itu. Ya kami semua memang cepat terpengaruh. Sebab kami pelanggan baru kan. Adoi. Kawan aku muntah belahak ok after masuk kereta. Aku tengok kesian gilak dia. Sampaikan segala apa yang dia makan keluar. Sampai jalan pun dah tak tentu arah. Sudahnya dua hari MC tak gi keje sebab Demam. Kesian timbul plak rasa bersalah aku sebab suruh lepak makan di sana.

Ini apa yang aku rasa tak patut. Ini pandangan aku ok. Bukan aku nak memburukkan kedai depa atau makanan depa. Memamg servis dorang Tiptop walaupun kedai dorang ni just bawah pokok. Aku memang soke mencuba sesuatu makanan yang baru dan terkini. Tapi kejadian yang seperti ini baru pertama kali terjadi pada aku dan lebih kesian lagi dengan kawan aku yang MC sebab demam dua hari. Peliknya sebelum makan duduk cerita gelak sakan. Lepas makan sumpah muntah belahak. Demam terus ok. Tah lah.


Mahal ke idak makan di sini? Memandangkan kami yang bukan anak ada-ada ni memanglah mahal kan harga kedai ini. Korang bayangkan satu hidangan dekat 20 30 hengget. Sila rujuk gambar menu di atas. Adoi keluhan aku yang tak keberapa tah :) Ok aku tak kesah kalau kedai mahal tapi makanan dia sedap. Sebab berbaloi lah kalau aku makan dan  bayaran depa mahal tapi membuatkan perut aku kenyang dan sudah teruslah aku senang hati. Tapi kedai ni tak de lah tak sedap. Sedap saja makanan dia tapi kurang enak lah. Ala Soly kau ni memang mengada-ngadalah. Lempang kang! Ni pendapat aku ok. Harga makanan di sini lebih mahal berbanding makan di Hotel. Eloooww kedai dia ni bawah pokok saja ok. Sudahlah bau-bauan yang menyakitkan hidung. Harga hidangan tidak setanding apa yang aku perolehi di sini. Makan berempat sudahnya dikenakan harga dekat 150 hengget.

Sumpah. kalau aku tau ini yang kami dapat. Baik makan dekat Hotel lagi sedap dan berbaloi-baloi. Tempat cantik. Makan sedap. Ada Live Band lagi kau. Sejak dari tu. Malas aku nak google kedai yang korang bangitau dalam blog da. Sedap dekat tekak korang tak semesti sedap dekat tekak aku kan :) Aku pelik macam manalah Orang yang memuji gilak makanan di situ. Kata best lah makan di situ. Syoklah. Apakah semuanya propa saja. Aku korang ajaklah nak belanja aku makan di sana. Jangan harap. Aku tak nak menempuh segalanya lagi. Taubat kau!

Lain Padang.
Lain Belalang.
Lain Orang.
Lain Pandangan.

Maaf jika ada yang korang kurang senang dengan apa yang aku kata kan kali ini.
Tapi inilah Aku.
Terima Kasih




Selasa, November 10, 2009

HUJUNG MINGGU: Pisau Cukur. Secret Resepi. Vincci. Big Apple. BUKAN KAH INDAH HUJUNG MINGGU AKU :)

Ini kisah Fresh. Baru keluar dari peti sejuk umah aku. Ha Ha Ha Ha. Tidak lawak mana pung. Baiklah Sabtu hari itu keluar berjimba-jimba dengan Nazmie di One Utama. Udah lama tidak berjimba-jimba berduaan dengan Nazmie. Memandangkan Namitha sibuk di Singapore dan Nubhan sibuk dengan Kerjaya Seninya sendiri. Jadi kawan kami hanya kami berdua. Aku pung busy gak sebenarnya. tapi dek kerana Stress dengan Life sekarang. Gagah jugak ajak Nazmie keluar. Final Exam mengsemakkan otak aku kembali. Tapi minggu ni Aku kembali banyak aktiviti secara tamak :0

Aku memilih One Utama sebagai tempat kami berjimba-jimba. Sebab ianya dekat dengan Umah Aku. Dan tidak memerlukan perjalanan yang jauh dan perlu menaiki Komuter yang tah pape tah rasanya. Bukan ke selalu kami berjimba-jimba di Mid Valley. Tapi sekarang memang malas nak ke sana. Sebab kalau ke sana perlu naik Komuter. Kalau naik kereta sumpah tak ada parking. Aku sudah paham sudah keadaan Mid yang memang susah dan payah nak parking. Tambah waktu Cuti. So OU menjadi pilihan Utama. Maaf lah aku dah malas naik tren Malaysia. Wah Soly macam bagus saja. Sumpah sejak Komuter perkhidmatan yang macam Menaikkan Marah dan Darah aku. Memang tidaklah aku nak mencemar duli lagi.


 
 
 
 
Sesampai saja. Aku dah mengelupur nak makan bagai dah. Lapar beb. Sudah lah Parking agak susah nak cari. Almaklumlah kan hujan di luar sana jalan semua jem tahap memang nak makan dengan roti. Bila dah hujan memang perut aku ni akan megelupurlah nak makan. Elooowww lagi pun memang time waktu lunch pun kan. Harus lah semedang saja aku lapor. Tak pikir panjang lagi terus kaki aku gatai nak ke Secret Recipe. Sebab teringin sangat nak makan Banana Chocolate dengan Air Green Apple kasturi. Perrrhhhhgggg Sedap.




 
Lepas Makan. Kami mewakili Aku dan Nazmi membuat keputusan menonton pisau Cukur. Memandangkan aku ni memang peminat Filem Melayu. Sebab Filem Inggeris tak berapa nak paham sebab aku bukan pandai Inggeris pun (Sumpah best statment kau Soly) memang lah tak minat. Utamakan Filem Malaysia kan :)

Baiklah Memang best cerita ni. Sapa tengok memang sungguh Chumel macam aku dan Nazmie. Ha Ha Ha Ha Ha Jalan cerita dia Fun je memanjang. Sebagai peminat kesayangan Fazura. Aku harus tengok. Aku soke gilak lakonan dia. Memang berbaloi aku labur duit tengok cerita itu. Thanks untuk Nazmi sebab melaburkan duit dia untuk bayar tiket wayang ini. Aku soke :) Sapa tak tengok lagi pergilah tengok. Oklah cerita ni daripada Skrip 7707 itu. Soly nanti kena saman nanti. Baik diam.

Cerita ni biasa saja. Tapi aku soke sebab lakon dan watak memang simple. Jalan cerita simple dan pelakon dia semuanya simple. Jalan cerita dia senang tak payah nak saratkan pemikiran aku yang dah bersarat ni. Sapa dia gerangan si Faqir yang tetiba aku TERsoke plak. Slamba tapi super kaya. Ohhh MyPrada. Ohh MyLV. Ohh My Dior. Ohhh MyCoach. Semua ini adalah dialog lucu dalam Filem Itu. Tahniah semua. Tidak semua gadis yang cantik itu gedik dan jahat. Ada baiknya. Tak semua Pisau Cukur itu Zalim. Ada sebab kenapa sesorang itu menjadi Pisau Cukur. Well done semua.

"Kenapa Nak Susah Kalau Boleh Bercinta Dengan Orang Kaya"


 "Mie. Aku nak Masuk Vincci kejap"
"Ala. AKu ingatkan sini tak da Vincci. Aku tunggu luar"
"Banyak lah kau tak ada. Mana Mall yang aku soke tak ada Vincii"

Thanks Mie sebab sudi tunggu aku lebih kurang setengah jam juga pilih kasut. Nasib Din baik sudi dan ingat lagi nak layan aku. Aku ni kan banyak songeh. Dia tadah saja. Nasib aku ada Voucher banyak lagi. So boleh guna kan. Lagi pun sekarang dekat Vincci One Utama ada promotion. Sapa yang beli kasut 50 henget keatas dapat potongan 10 henget. Contoh aku beli kasut harga 79.90 jadi aku bayar hanya 69.90 sajo. Murah kan. Sapa yang beli 30 henget keatas plak dapat potongan 5 henget. Nak contoh jugak kah? Bukan kan sudah diberi contoh seperti di atas. Lempang kang! Ini Fakta bukan Auta ok.



 
Kedai terakhir yang sememangnya menjadi idaman aku. Lalu je kedai itu. Aku dah cakap gan Mie dah balik nak singgah jamu mata :) Memandangkan sudah jarang gilak makan Big Apple. Sebab tiada dekat gan aku. Asyik Jco saja aku melantak. Jadi ini jadi pilihan. Walaupun hanya makan berempat beranak. Enam ketul juga menjadi pilihan. Sumpah hari ni pun donut tu dalam peti ais aku. Membazir bukan? Kenapa ekh sejak dua menjak ni si Lamok dengan si Apit susah mau kan? Diet kot anak-anak aku ni. Adoi! 


Wahai Tiang Hikmat kenapa lah aku selalu susah mau cari mana aku parking. Itu adalah kelemahan aku sebagai insan biasa. Kalau korang pernah lepak dengan aku. Aku kalau parking tempat Mall gedabak gini. Mesti aku akan tangkap gambar tiang petunjuk tempat aku parking. Sebab aku akan lupa kaedahnya. Ada kawan aku memula macam shock jugak aku buat gini. Tapi lepas banyak kali keluar dengan aku. Semua dah paham dah. Nasib HP aku ada kamera. Kalau tak kena pinjamlah CCTV Security kan. Apa lah Soly ni. Tak bagus betul ingatan dia. Macam mana bole jadi pandai gini :o

Baiklah. Abis sudah kisah Fresh yang terbaik dari ladang ini. Berjumpa lagi di hari yang mode aku ada untuk menulis. Sekian laporan disunting oleh ucu-manja(dot)blogspot(dot)com.

Nota kaki (sudah lama aku tak buat nota kaki aku kan) : Padini Authentics di IKEA (tingkat 1 depan Butik FOS) ada buat sale sehingga ber% - % ok. Aku dah pergi semalam. Sempat jugak sambar baju dan kasut. Memang sales. Kasut yang RM 289.90 bole jadi RM69.90. Tak ke berbaloi-baloi gitu. Sila lah terjah :)


Kelas Bahasa Melayu. MARI MEMBINA AYAT SEADANYA




 
 
lluuurrrrrrpppp.
Sedapnya.
Semuanya dalam pala Otak aku sekarang untuk makan.
Sedap saja nampak kan. Tapi rasa ngak tau.
Nampak bukan main mmannntoooppp lagi :p
Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
 
 
 
 
Majukan donia sekarang.
Magnet ni pun dah pelbagai bentuk dan ghupa.
Sama dengan makanan sudahnya.
Kalau si Auni nampak gambar ice cream tu tak ke dia masuk mulut.
Aku jugak susah.
Walla'wei.

Ini kejadian Jumaat lepas :)
Kami yang mewakili aku, Kak Jijah dan Dzu ke IKEA.
Jumaat adalah super lunch yang lama bagi org Gomen.
Jadi panjang kaki.
Kedai ni terletak di Tingkat 2 Berdepan dengan Hervey Norman.
kedai ni kecik je tapi banyak jualan.
Kak Jijah Soke gilak. Setiap minggu pergi IKEA harus terjah :)
 
 
Hiburan atau Keterlaluan.
LU PIKIR LAH SENDIRI.
Mohan seterusnya.
.
.
.
.



Gambar di atas adakah korang nampak?
Baik. Sila buat karangan menggunakan gambarajah di atas.
Dari gambar 1 sampai gambar 3 adalah latihan kita untuk hari ini.
Ala senang je.

1. Pintu masuk IKEA yang super best
2. Kakak Jijah dengan Dzu menaiki tangga bergerak
3. Meet Ball dan Chicken Wings. Sedap.

Senang saja bukan?
Silakan Buat ayat sendiri.
Kalau tidak Cikgu Soly akan rotan semua!
Ha Ha Ha Ha Ha
Sumpah berangan kembali :p


Kelas Bahasa Melayu. MARI BERBUDI SELAYAKNYA

Bekebun memang kadang-kala adalah hobi dalam kebiasaan hobi rakyat Malaysia. Tapi bukan Aku. Aku paling malas nak kebun segala. Leceh lah. Aku kurang gemar aktiviti gitu. Tapi aku soke beli dan borong benih saja. Gi mana itu. Lantak. Dulu time duduk kampung (Wah ayat kau soly. Memang best) rumah kami ada tanah yang banyak. Jadi arwah mama aku memang soke menanam. Mama aku memang hantu pokok bunga dan tanaman pokok yang akan membuahkan hasil. Walaupun daddy aku ni seorang petani (Sumpah best) kais pagi makan pagi kais petang makan petang tapi daddy aku lebih kurang je malas nak mencucuk tanam. Sebab atok aku pun malas nak menanam. Sebab itu daddy aku malas nak menanam. So tahukan korang Along, Angah dan Aku ikut gen mana?

Antara kami adik beradik. Along hanya mampu melihat saja. Along aku pun lebih kurang campur je dengan kami. Perempuan gamaknya kan :) Angah aku plak sebijik macam aku. Sumpah malas nak turun Kebun. Abg Ude aku lah yang ikut langkah arwah mama aku. Abg Ude aku tanam apa semua mesti hidup. Abg Uda aku ni kan memang sejuk tangan gamaknya. Pernah aku beli bunga Ros. Aku tanam siap jaga dan baja baiikkkk punya. Tapi mati gak. Tah lah. Susah gamaknya. Aku? Kalau tanam kompon 5 bulan tak tentu pokok hidup. Kalau hidup pun mesti tak lama. Gelak secara berjemaah yo!

Tapi sekarang bukan itu yang aku  mau story :) Begini. Sebenarnya dah lama daddy ajak kami sefamily ke Kebun. Sapa kata bandar tak ada kebun? Memang tak adalah. Tapi ni kebun kami ni sekitar Selangor jugak. Dekat jugak lah dengan Sg Buloh. Uhhhh amatlah tidak kalau aku nak ke Kebun kan. Di sebab itu jugalah daddy aku bising ajak semua. Kalau aku tak gerak memang tidaklah semua adik beradik aku turun kan. So sebab mengsayang daddy. Aku menggunakan kuasa veto mengarahkan kedua dua kakakanda aku untuk turun mencemar duli di Kebun. Aku? Haruslah turun sebab ada ganjaran berbaloi-baloi! Ha Ha Ha.

Kakakanda aku kalau ke Kebun memang liat. Try ajak ke Sogo harus laju. Aku tak bangun tido lagi dah menyalak suruh siap segala. Sebab itulah aku ikut perangai kakakakanda aku segala. Bukan apa. Aku memang salute gilak dengan orang yang memang soke berkebun ni. Satu kemuliaan aku rasa akan berkebun itu sebab aku tidak gitu. Jangan kata aku rajin ok :) Sedangkan Game  Farmville itu pun aku jarang main. dulu main lepas itu sudah tidak main lagi sebab buhsan. Sebab itulah di FB Korang invited aku pun malas aku nak join. Buhsan beb. Harap paham.


 
 
 
 
Nampak tak? Angah aku duduk saja di Pondok Gazebo saja. Aku pung sama. Along aku lagi lah sama turut ikut kami. Turun kebun buat semak saja. Kata Abg ipar aku. Agak kasar gurauan itu. Sepak kang! Kami ke sini Bukan nye buat apa. Tapi just pergi mengambil rambutan. Sebab orang Indon yang diupah untuk membersihkan kawasan sudah bising. Katanya "Buat Rambut udah cocok dimakan" Ha Ha Ha Ha Soke ye ko Bibik. Mentang lah kau jumpa gerangan kau di sini. Nak jatuh cinta lah itu? Gedik aku sepak kang. Memang banyak rambutan ok. Ada berpokok-pokok yang sudah cocok dimakan.

Ada pisang. Tapi tak masak lagi. Ada durian. Tapi jatuh hanya 3 biji saja. Ada manggis tapi tak masak lagi. Mybe this week masak lah kot. Kata Abg Ari Wibowo itu. Ha Ha Ha Ha chumel nama Abg Indon itu. Aku bagi namanya sebab Aku soke Ari Wibowo selain dari Aqso aku. Baiklah. Susah nak menulis lagi. Sebab memang mode nak berblog sudah terbang.


 
 
Kesimpulannya. Untuk Kisah di atas. Bercucuk tanam ni bagus sebenarnya selain daripada mengeluarkan peluh. Ianya baik sebab memelihara alam sekitar dari terus ada Oksigen. Jangan ingan scandal je ada Oksigen ok. Tanaman ni bagus sebenarnya. Mencucuk tanam bukan hanya untuk Auntie-Auntie dan Grandmum-Grandmun saja. Yang muda-muda macam aku pun bole kan. Tapi aku belum terbuka lagi. Ha Ha Ha Ha Ha. Ini barulah Farmville yang real kan. Yang dalam Mukabuku itu hanya illusi yang tidak mendatangkan hasil sajor. Menyampah!

Orang kata :
"Berbudi pada tanah. Lambat laun akan nampak hasilnya"
.
.
.
.
.


Orang kata :
"Berbudi pada Badan.  Tentu Gembiranya"
.
.
.
.
.
.
.

 Orang kata :
"Berbudi pada Perut.  Kenyanglah jawapnya"

Baiklah abis sudah kelas kita pagi ini.
Jumpa di lain Kelas Bahasa.
Mohon diri :)


Jumaat, November 06, 2009

RENTETAN DI BULAN NOVEMBER

Pewiiiittt.
Pejam celik pejam celik sudah enam hari kita dalam bulan Novermber ni. Sekejap saja bukan. Rasanya baru semalam aku sambut tahun baru. Upanya bulan sudah Disember. Tinggal saki baki lagi saja untuk aku tamatkan azam tahun 2009. Tahun depan dah 2010. Sekejap je Zaman Millenium dah sampai 10 Tahun kan. Rasanya baru Tun Mathadir rasmikan tahun Millenium awal tahun 2000 sepuluh tahun dulu. Sekejap saja kan masa berlalu. Sikit pung masa tak tunggu kita. (Ayat Kau Soly. Memang Mantoopppp!) Sumpah. Sepuluh tahun bukan lama kan. Macam sekarang yang kita alamai. Bayangkan sepuluh tahun akan datang. Macam manalah gamaknya muka dan life aku. Rasanya insyallah stil aktiv berbloging kot. Kot lah. Tak tau lagi. Tapi masuk 2010 nanti aku nak pasang azam yang super berganda lagi. Insyallah.

Pertamanya.
November.
Bulan ke sebelas dalam setiap Tahun. Sememangnya aku mempunya kawan yang paling ramai lahir dalam bulan Novermber dan Disember. Sian kan sudah akhir tahun baru keluar. Ha H Ha Ha  Tidak mengapalah. Janji dorang semua Happy dengan kedatangan bulan ini kan :) Baiklah beta (wah soke-soke kau saja Soly. Angkuh)  nak ucapakan Selamat Menyambut Bulan Kelahiran untuk kengkawan yang menyambut dalam bulan Novermber ini;

Zaidi & Wanita : 6 Novermber
Nord : 11 November
Nazmi : 13 November
Kak Azmani : 14 November
Qarl : 17 November
Amzaidin & Kak Fara : 23 November
Dzu : 24 November

Semoga korang semua panjang Umor.
Murah Rezeki.
Mendapat Kerehdaan Tuhan
Ceria dan Bahagia segalanya Donia dan Akhirat
~Amen~

keduanya


Aku nak wish kepada kedua kawan aku seperti gambar dilampiran atas. Gambar A (Kamelia dan Suami. Kamelia ni budak Opis aku) dan Gambar B (Yanti dan Suami. Yanti ni budak Opis aku time keje Travel Agent dulu. Kawan lama katanya). Kamelia dan Yanti ni sudah berjaya menjadi Ibu. Tahniah atas keluaran Anak yang baru ini. Welcome to the Auntie-Auntie World. Aku? Oooohhhh Tidak. Semoga korang berdua bijak dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kalian. Ingat anak adalah Anugerah Allah yang patut dijaga dan disayangi. Anak juga tanda kasih sayang dan cinta kita sesama pasangan. Hargai seadanya :). Sweeetttt sajor kau Soly bagi ucapan macam Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Fuhhhhh lega :o

Ketiganya

 
Tidak lupa juga aku nak wish pada pasangan yang bahagia ni atas kebahgian mereka. Seperti biasa Gambar A adalah Dzu dan Gambar B adalah milik Wanita dan Suami. Mereka berdua ini adaalah rakan Blog merangkap rakan seOpis dengan aku. Tahniah sebab tak lama lagi dorang berdua akan menjadi Ibu. Welcome To The World Mother Want To Be. Wah soke ni. So aku doakan yang terbaik atas kandungan anak yang dikandungkan dorang. Semoga anak yang dikandungkan itu sihat macam aku dan chumel juga seperti aku. Ha Ha Ha 

Keempatnya

Selamat Bertunang buat kawan aku yang lelaki itu. Namanya Kamil. Wowww. Ada sejarah bila aku ingat si Kamil ni. Pape pun semoga Bahagia dengan Tunang. So sweeettt pengakuan dia. Aku memang tak dapat nak buat apa lah! Semoga kekal ke Jinjang Kepong Pelamin. Kenangan jangan di kenang. Ada Jodoh Ada lah. Buat semak sajor.

Dalam setahun. Ada 525,600 Minit. Bagaimanakaha kita menfaatkan minit-minit kehidupan korang? Apakah korang akan menfaatkannya sebaik mungkin ataupun hanya mengambil dan menggunakan kesempatan yang negativ sajor? Contohlah kesempatan selagi masih bekerja. Kesempatan semasa diberi kesenangan dan keselesaan sehingga menghasilkan perbuatan-perbuatan yang melanggar hukum dan agama.

Baiklah tamat sudah Utusan Baginda yang mahu disampaikan.
Amboi-amboi.
Semuanya November yang indah segala kan :)
Tapi Ada tak lagu sempena November ekh?
Boleh saja bagi Ilham dekat Komposer baru kan.
Ilham November
Selamat Datang.


Rabu, November 04, 2009

JIWA KACAU. HATI RESAH. BADAN STRES. LIFE HURU HARA

Di status YM aku letak Aku Stress.
Di status FB pun aku letak Aku Stress.
Di Opis Jua aku cakap Aku Stress.

Kenapa?

Itu tandanya aku memang stress dengan life aku sekarang. Aku tidak tahu kenapa. Sejak dua minggu ini aku sukar mahu lelapkan mata. Harap maklum aku tidur pukul 4 pagi ok. Pukul 6.15 sudah bangun. Mana tak stress nye aku. Mata aku ni dah macam Zoombey sudah! Abg Mamat Khalid amek lah saya belakon Zommbey Kampung Pisang 2. Sumpah Bila Aku tak cukup Tidur. Mula lah aku bad mood. Bila aku dah bad mood. Mulalah aku tengtiba rasa macam *&$#gh#$@.

Mengada kau Soly. Itu tak da lah teruk mana?

Ya.
Aku tau. Tak tido memang punca stress. Bagi aku. Bagi korang aku tak kesah. Sudahlah aku susah Tido sekarang. Setiap hari kena buat kerja. Di Opis sudah lah lapan jam keje. Mengadap keje yang sama setiap hari boleh menimbulkan stress. Tak Caya? Sila gantikan kerja aku sekarang. Sudah hampir tiga tahun aku berkhidmat dengan Jabatan aku. Tapi baru ketika ini aku stress dengan kerja aku. Bukan susah pun kerja sekarang ni. Tapi aku tak tau kenapa. Aku bukan lah staf yang baik dan bukanlah yang jahat. Tapi aku rasa macam malas nak kerja sekarang. Aku memang soke kerja aku sebenarnya. Sumpah Sayang Gilak. Tapi sekarang macam #%$^%&^. Baik Sila Abaikan.

Soly. Kau ni Pahal sebenarnya.

Tidak.
Aku bukan buang tebiat ke apa. Memanglah mengingati mati itu Harus hukumnya. Sebab orang yang cerdik adalah mengingati mati. Aku tau aku cerdik. Karong jeles ekh. Ha Ha Ha Ha Ha Ha maafkan aku sebab gurau tadi. tapi serius aku stress. Mungkin sebab badan dan otak aku letih kot. Ye lah saban minggu ada saja aktiviti aku. Mana nak jejalan lagi. Mana nak pergi dating kelas lagi. Mana nak shoping lagi. Mana nak study lagi. Mana nak siapakan final projek lagi. Mana nak siapkan hantaran kertas kerja akhir tahun lagi. Semua aku kena pandai membagi masa dalam masa 48jam itu. Mana tak stress aku ni. Dua hari aku kena ke hulu ke hilir. Fine aku tau That My Way. Aku ?"&)&^@) Gitu Kau!

Ala. macamlah beranak sepuluh kau ni.

Mungkin.
Korang tak rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku pergi curly rambut semalam. Itulah manusia. bila rambut dah lurus nak curly. Bila rambut dah macam Mee Maggi. Sumpah nak buat Rebonding. Sebab tak best rambut macam itu. Nama pun manusia. tak pernah puas. Baiklah sambung gitu aku. Biasalah bila rambut asyik Lurus. Sihat. Bermaya. Berkilau. Cantik (amek kau) mulalah nak berhijrah masuk geng Nadia AF6. Aku sangat Tabsub dengan Tirana. Kenal? Ala pelakon Tari Tirana. Setiap Selasa 9 sampai 10 malam di TV3. Sumpah felling best citer itu. Lepas La Dolce Amiera.  Tari Tirana plak kau Soly. Lebih namak. Move. Selepas dah set  rambut curly aku ni. Aku rasa nak nagis. Memula memang macam ok. Like sweeetttt je. Tapi sekarang macam &+%$"?>@! Auntie, Kenapa my hair like that. Stress Berganda-ganda.

Ohhh Lawaknya Kau Soly.

Memang.
Aku Bukan badut. Aku rasa aku perlukan terapi. OOOO bukan Shoping ok. Sebab tadi aku shoping secara tamak di Body shop pun. Aku stil strees. Pelik lah aku ni. Semalam Aku Cuti dari membizikan diri dari kerja dan Urusan perasaan segala. Jadi dari pagi sampai petang aku stress. Pergi kerja aku stress. Duduk umah lagilah aku stress. Bangun pagi-pagi aku dah siapkan segala. Urusan harus penting. Pertengahan penting dan tidak berapa nak penting harus dilaksanakan. Bukan selalu aku cuti kan. So bila dah cuti gini lah aku amek peluang siapkan segala. OOOO ni bukan Urusan Pertunangan atau Urusan Perkahwinan ok. Korang tu mulalah nak buat spekulasi kata aku nak itu lah. Nak inilah. Kalau Normah Becok. Panazzzz Mak, Nyah! Menyiapkan Memo sebelum melangkah keluar adalah harus hukumnya:

Tugas Adik@Lamok:
1. Kapur kasut sekolah
2. Baca Note Exam
3. Tolong Bibik buang sampah

Tugas Abang@Apit:
1. Periksa barang nak exam utk Abg dan Adik sekali
2. Baca Note exam
3. Tolong Bibik siram Kaktus Ucu.

Balik semalam aku tengok dekat papan memo ada tambahan

Tugas Ucu:
1. Beli Game  Takken 5.
2. Upah Apit singgit. Upah Adik singgit
3. Diner malam ni McD.
4. Rehat saja

Peh.
Menyinga aku doh. Lagi Gua stress Beb. Aku gulaikan korang tau lah. Tapi nama pun Orang kesayangan kan. Dalam pada marah dan stress sempat lagi amek kunci kereta. Masuk kereta. Tekan Minyak. Pergi ke Pandu Laju McD Rahman Putra. Order 4 set Large Big Mac. 2 Strawbery Sunday dan 1 McFlury Oreo. Nikmat! Lepas ke Pandu Laju terus driver laju (Bukankah sama maksud itu) ke The Store. Sebab nak cari CD Takken 5. Swettt kan stress pung masih lagi boleh bertindak waras. Cukup baik kau Soly. Thanks Tuhan sebab dalam aku stres ni pung. Aku tatap utamakan family. Syabas soly!

Baiklah.
Sebelum aku Merepek lebih panjang kali ini. Izikan aku minta diri. Opppsss lupa pada pengunjung baru serta follower baru ucu_manja(dot)blogspot(dot)com. Selamat kenal dan Selamat terjah. Thank sudi masuk  sini. Sumpah I bukan Garang ok. I peramah lagi U. Babai


KISAH SAYA SEORANG MANUSIA KECIK YANG CHUMEL

Renungan seorang bayi adalah renungan yang penuh ketulusan dan keikhlasan.  Walaupun pada pandangan orang dewasa yang melihat seolah-olah bayi tidak membalas gurauan dan kata-kata yang diberikan.  Sebenarnya bayi itu sudah mampu mendengar dan hanya memerlukan waktu bagi membalas segala apa yang dikatakan kepadanya.


 

"Anak mata seorang Wanita akan membesar apabila melihat seorang bayi. Walaupun belum pernah menyusukan bayi itu. Naluri keibuan mampu menyusu bayi itu dengan baik"


 

Biodata Diri
Nama : Nur Amanina Auni
Tarikh Lahir : 3 Mac 2009
Umur : 9 Bulan
Agama : Islam
Jantina : Perempuan Sejati
Status : Single
Hobi : Minum Susu. Makan Bubur
Cita-cita : Doktor merangkap Pramugari
Benda Paling Disoke : Menangis. Main. Ketawa
Benda Paling Dibenci : Ekkkekkkk

 
 
 
 
 
Bayi tidak selamanya minum susu. Dia membesar dan mula mengambil makanan keras. Bergitu juga dengan manusia. Setiap individu yang berdikari tentu tidak puas dengan pekerjaan yang tidak mencabar kemampuannya.  Semakin hari semakin berkembang sama ada daripada segi kemampuan peribadi mahupun dalam kerjayanya.


 
 
 
 
 
 
" Tua pasti datang. Tetapi menjadi dewasa adalah satu pilihan"
Bertambahnya usia dan masa kerja adalah sesuatu yang pasti dan tidak dapat dielakkan Tatapi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan ddalam peningkatan mutu moral. Kerohanian. Sosial dan Kemampuan adalah pilihan kita sendiri.


" Jika ingin tahu bagaimana watak calon isteri korang (Pembaca lelaki). Korang boleh lihat dan perhatikan tingkah lau dan sifat ibunya "

Mohon Diri Keluar.
Mau Tido.
Salam Tido Semua!

Jumaat, Oktober 30, 2009

::TIADA TAJUK::

Pernah tak.
Korang tidak berapa tahu Korang berasa apa?
Korang tahu Korang sakit.
Tapi semacam terlupa yang Korang sakit.
Sebab Korang berada dalam satu keselesaan.
Pernah tak?

Bila Korang sedih.
Korang pasti Korang tengah sedih?
Korang gembira.
Tapi Korang tak pasti Korang gembira.
kerana apa.
dan demi siapa.
pernah tak?

Sesuatu berlaku secara tepat.
Pada waktu dan keadaan yang tepat.
pernah tak?

Korang berasa sukar.
Sangat sukar.
Tetapi selesa.



Jawap pernah atau tidak?
Itu saja.




♥ RESEPI BERKASIH ♥

Masih ingat ENTRY INI?
Yoooo. Ramai orang tanya aku sedap ke Hidangan Ayam Penyet itu.
Aku boleh cakap sedap.
Pandai ke masak Hidangan Ayam Penyet itu.
Sumpah tak pandai. Kalau pandai pun aku tau sediakan timun dengan kobis sajar. Itu pun beli dekat Pasaraya ECONSAVE dekat dengan umah aku. Ha Ha Ha Ha

Baiklah.

Bagi tidak menghampakan korang yang sweettttttt belaka. Hari ni Cikgu Soly nak ajar cara masak Hidangan Ayam Penyet Pengikat Kasih Sayang. Aku kalau bab tambah nama bagi masakan memang lah aku TipTop sangat. Baik sebelum masak sediakan bahan-bahan yang aku senaraikan dan kategorikan ok :) Opppssss Chef ni adalah Chef Bibik Ida yang sememangnya Ayu dan The Bom. Tapi aku ulaskan di sini versi Melayu. Tak kan lah nak buat Versi Indon plak kan. Ngak paham nanti dong! Baiklah teruskan Kelas Memasak kita VERSI BIBIK IDA  .


A. CARA SEDIAKAN AYAM
Seekor Ayam. Ayam itu dipotong lapan bahagian. Ini kalau ayam seekor. Kalau tidak korang bole saja beli ayam yang dah siap dipotong itu di Pasaraya berhampiran Umah korang. Itu kalau tak nak seeokor lah. Ala masak saja je lah seekor. Nanti bole jemput aku makan di Umah korang kan :). Baik Abaikan aku. Seterusnya Ayam yang di beli dengan kasih sayang dan cinta sejati itu direbus selama 10 minit dan ditoskan selepas 10 minit masa merebusnya itu. (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan-Bahan untuk dikisar:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar. Korang kena kisar segalanya sehingga halus mulus dan tulus ok dengan penuh kasih sayang.
2. Lumurkan bahan yang penuh kasaih sayang yang telah dikisar tadi pada ayam dan perap semalaman. Kalau  kita perap semalaman baru teranggat beb. Baru meresap kisaran bahan tadi masuk dalam ayam tadi. Baru penyet rasanya.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
3. Setelah perap semalaman. Ini kira esonya ok.Ha Ha Ha Ha. Golek-golekkan pada tepung beras.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan haget kekuningan.
5. DONE

B. CARA SEDIAKAN SAMBAL
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah

1.  Panaskan minyak terlebih dulu.
2.  Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
3.  Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
4.  Masukkan bawang merah. Bawang putih dan cili.
5.  Setelah layu gorengan tadi. Korang masukkan tomato.
6. Gaul  sampai sebati rata dan tutup api.
7.  Angkat dan ketepikan.
8.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
9.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
10. Kisar atau tumbuk sehingga separuh halus.
11. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
12. Masukkan gula merah dan gaul rata.
13. Rasa sambal yang terhasil. Kalau sedap cakap. Wau hebatnya aku. Kalau tak sedap kata ala. Ni percubaan pertama aku. Ni tak sedap. Lain kali buat lagi. Sedap lah dia :) seeee sangat positiv kan.
14. DONE

C. CARA SEDIAKAN SUP
1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam yang semalam itu. Perlulah diingatkan kalau korang nak simpan air rebusan itu bole lah masukkan dalam peti ais. Jangan biarkan je dia di luar. Nanti tak best plak kan. Opppsss lupa plak. Sambal yang korang nak buat seperti yang di atas tadi pung bole di sediakan sehari sebelum memasak ayam. Paham?
2. So selepas dikeluarkan dari Peti ais tadi korang just Panaskan sebelum dihidangkan.
3. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan dengan penuh kasih sayang.
4. DONE

D. CARA SEDIAKAN TEMPE DAN TAHU GORENG
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.
3. DONE

E. CARA MENGHIDANGKAN HIDANGAN
Hidangkan Ayam Penyet. Tahu. Tempe. Sambal dan Sup bersama ulam seperti Salad. Timun. Tomato dan Kobis. Jangan lupa hidangkan sekali dengan Nasi Putih atau dipanggil Nasi Kosong.

Umang Ai.
Jenuhkan nak masak satu resepi.
Sebenarnya masak Ayam Penyet ni lebih kurang Nasi Ayam saja.
Mudah saja sebenarnya. Just nak masak ayam itu kena pelbagaikan. Tapi Ayam Penyet ni kena ikut ramuan lah baru senang. Kalau korang susah nak catch up benda Ayam Penyet ni kan. Ikut je KELAS MEMASAK
VERSI CHEFF SOLY. Baik. Silakan tatap :o

CARA SEDIAKAN AYAM PENYET
1. Pandu kereta Menuju ke Mutiara Damansara
2. Masuk dalam IKEA
3. Parking dekat parking Jusco
4. Turun dan kunci kereta
5. Masuk Lif tekan Tingkat 2.
6. Lalu Jambatan ke The Curve
7. Pandang Kanan then melintas masuk Waroeng Penyet
8. Tik Mana yang nak makan then order
9.  Makan dengan penuh keCINTAAN
10. Bayar 7.90 + 1.90 dan balik

DONE!!

Blurrkkkkk.
Alhamdulilah.
"Banyak Ubi di Hari Cuti
Kenyang perut soke Hati"

Ha Ha Ha Ha
Bukan susah sangat buat Ayam Penyet ni kan.
Silalah Cuba Try Test.

Rabu, Oktober 28, 2009

KAMI SEIRING DAN SEJALAN

Ini Cerita Basi.
Ha Ha Ha Ha Ha

Aku tau Citer Basi pung. Korang tentu soke mau membaca kan :) Ewah... (Ala. Bagilah aku peluang syok oi). Baiklah. Ini kejadian Ahad Minggu keempat yakni minggu terakhir dalam bulan sepuluh. Angka sepuluh itu tiada kaitan dengan Entry sebelum ini. Harap Maklum. Lokasi di Batu Arang, Rawang. Ya ampun super best majlis ini. Aku soke saja. Sebab lepak dengan kengkawan kan.
 
 
Antara kawan-kawan yang hadir adalah Kak Gee- Sifu (berbaju Unggu bertudung Unggu). Kak Fara (berbaju Coklet Tahi Anjeng). Fiza (berbaju Putih). Khairun (berbaju Unggu) dan Nazmi (Biru Laut). Baik mesti ada yang kata aku dengan Nazmi sedondon kan. Memang pun. Kami tak janji ok nak sama coulor. Kalau tidak aku tidak akan sama dengan dia. Nasib baju dalam ghobok aku dah abis. Soly very the Johor kau cakap. Buat yang tidak mengetahui GHOBOK itu adalah ALMARI :) Thanks Cikgu Soly.

 
 
 
Dari gambarajah di atas. Sila bina ayat daripada rajah satu sampai rajah tiga (Arahan Cikgu Soly). SEKARANG! Gila keji aku kan. Tidak lah ini adalah percubaan teknik menangkap gambar apabila tidak mengupah jurugambar yang berkelayakan dan berpegalaman. Ataupun dalam kata lain tidak ada buget yang lebih. Ataupun dalam kata lain lagi. Tiada kemahiran menangkap gambar. Walaupun time belajar dulu ada Modul Intepertasi yang di kendalikan Encik Hazreel Hasmi. (Wah. Hebat kau Soly. Stil ingat nama Lecturer kau kan. Memanglah Lecturer kesayangan. Walaupun dia tak sayang dengan aku. Aku tatap. Sayang sangat. Bbbluuueerrrkkkk :o) 

Baiklah selain Bina ayat daripada gambarajah di atas. Kita bole juga Main cari perbezaan benda yang ada serta benda yang tidak ada di atara Gambarajah. Gambar satu dengan gambar dua. Gambar dua dengan gambar Tiga. Boleh? Cepat Cari sebelum Cikgu Soly marah. Nanti kalau Cikgu Soly marah dia bawa rotan ok. Cikgu Soly garang ok. Macam Sweetttt je kang pangil Cikgu Soly. Ha Ha Ha Ha Ha.


 

Sebenarnya Yuna Hari Ahad hari itu aku menghadiri Majlis Sambut Menantu di Rumah Abang Othman dengan Kakak Sara. Wah! bagus kau Soly. Tidak lah sebenarnya ke rumah Nazmi. Sebab abang dia yang sulung kawen dengan dara pujaan dari Melaka. So sebagai kawan yang baik. Aku menghadirkan diri di Majlis ini. Majlis ini tampak meriah sebab majlis ini ada aku. Ha Ha Ha Ha Ha. Tidaklah Majlis ni kan pertama dalam keluarga. Nampak ringkas saja tapi meriah. Dengan suasana Kampung yang tenang dan nyaman lagi meriah tau.

 
 
Dua gambar yang bukan untuk mencari perbezaan ataupun isi tempat kosong. Tatapi memilih Pasangan yang Sedondon. Macam MELODI plak. Tidak lah jangan nak bergosip ok. Nanti ada yang diceraikan dan menceraikan plak. Ampun! Pertandingan ni masih dibuka. Undilah Aku. Ha Ha Ha Ha Ha
 
Ala Mie. Aku tau kita Menang kan. Kau dengan Abg Rizal (Hubby Kak Gee) kau lagi hebat. Macam Badang. Sumpah soke tengok gambar ini. Kak Gee jaga Abg Rizal leklok. Sian Abg Rizal makin hari makin Langsing! Apa-apa pun thankslah untuk Pak Cik Othman dan Mak Cik Sara sekeluarga sebab sudi mengundang aku. Kalau ada makan-makan jemput lah aku lagi. Sebab makan memang sedap dan matooopppp.

Minta diri.
Sekian Berita disampaikan oleh Sari Yanti Berita Penting.
Lintang Pukang dari ucu(dot)blogspot(dot)com.


::SEPULUH DULU DAN SEPULUH SEKARANG NANTI SEPULUH AKAN DATANG ::

Baiklah.
Aku punya perasaan sebergini. Aku yakin semua Orang pasti ada perasaan gini. Kenangan adalah satu kisah silam yang sangat indah belaka. Bila kita dah di alam umur yang lain. Pasti saat indah bersama kawan-kawan adalah paling indah sekali. Betul?

Mari kita memjamu mata dengan kehadiran gambar-gambar ini. ARAHAN : Sila Tatap!

.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
 
 
Sila gelak secara tamak.
Sumpah aku tak akan marah!
Ala, Rilek lah itu gambar sepuluh tahun dulu beb!
Time aku 13 Tahun tu.

Walla'Wei
Adatlah kan time ni kan baru nak UP dalam Life.
Masalah Kulit Hitam memang ada.
Masalah tak pandai bergaya memang ada.
Masalah kaki kekok memang ada.
Masalah blagak bagus lagi lah ada.
Best oooooo.

Korang berani.
Letak gambar korang sepuluh tahun dulu.
ADA BERAN?


Kehidupan Manusia itu memang dari Zahirnya inginkan perubahan.
Sejauh mana kita mampu berubah terpulang pada kita.
Jika kita inginkan diri kita ditangkuk yang lama.
Silakan. Kekalkan apa yang korang miliki sekarang
Kalau kita inginkan perubahan.
Silakan. Maju ke hadapan :)

Ayuh kawan-kawan sekalian.
Sedangkan sepuluh tahun dahulu kita tak tau apa yang terjadi Untuk hari ini (Sekarang).
Apatah lagi bagi sepuluh tahun akan datang.
Bagaimana keadaan diri kita. Kesihatan kita. Keluarga kita. Harta kita. Kerjaya kita. Pelajaran kita.
Jadi. Berbuat Baiklah Sesama Insan.

KURANGI & PERBANYAK 
Dalam Hidup Ini
Kurangi ucapan yang mendendam
perbanyak ucapan yang mengasihi
Kurangi kata-kata yang mengejek
perbanyak kata-kata yang menghargai
Kurangi kata-kata yang melemahkan
perbanyak kata-kata yang mendorong
Kurangi perkataan yang menolak
perbanyak perkataan yang memperhatikan
Kurangi kata-kata kritik
perbanyak perkataan yang membangun
Kurangi kata-kata yang sia-sia
perbanyak kata-kata yang mendatangkan inspirasi
Kurangi kata-kata yang kasar
perbanyak kata-kata yang lemah lembut

Blog Widget by LinkWithin